<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1132457125972100120&amp;blogName=%E2%99%A5+tuLanG.iKaN.kEwL+%E2%99%A5&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://tulangikankewl.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://tulangikankewl.blogspot.com/&amp;vt=4476841162149091219" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
©Copyrighted
Ask me politely
if u want the codes. :D


salesgirl takda sivik {♥}
Saturday, February 5, 2011 {♥}

Serius aku macam blur apa benda aku nak update kat tulangikankewl ni. Dari semalam aku buka new post lepas tu tutup balik. Lepas tu buka lagi lepas tu tutup balik. Tapi takda apa pun yang aku nak cerita. Ok la mungkin semalam sebab aku penat kot ke aku takda mood sebab terpaksa nak balik ladang ke. Ok mungkin pasal tu la kot. Mem'pandang'kan sekarang aku tengah sibuk download video kat youtube, jadi aku berbesar hati nak update sekejap. Kau jangan pandang rendah dekat aku heh, aku download video how to learn japanese HAHAHA gila gigih tak?


Kalau dulu bukan main aku semangat nak update blog. Even aku pergi beli sayur pun macam nak blog je tutorial membeli sayur HAHAHA. Sekarang? Gila malas ok. Adakah ini disebabkan oleh faktor usia? Baiklah. Boleh tak tahun ni aku tak payah birthday so that usia aku pun tak bertambah? HAHAHA.


Disebabkan aku macam sangap (this is not a good word ye adik-adik. Please don't use this word di dalam karangan nanti cikgu marah) nak update blog, aku pun secara automatic begitu gigih menggodek folder mencari-cari apakah yang patut aku sajikan untuk tuan puan hari ini. Jap jap. Apsal ntah perkataan pilihan cik Vujie hari ini asyik menjurus pada masakan. Sayur? Sajikan?


Baiklah. Bersambung. Akibat ketiadaan kereta aku maka aku macam membuat muka yang paling kasihan pernah kau lihat disertai dengan rungutan paling annoying didengar betapa aku sungguh bersusah hati bagaimana nak balik ladang kalau takda kereta kepada Dedek. Yelah sapa lagi nak dengar kalau bukan Dedek kannnn... Nanti payah nak ke sana-sini. Padahal dulu waktu belum ada kereta boleh je kau hidup kan Vujie? HAHAHAHA.


Dedek pun agak tensi berhadapan aku dan secara 3/4 tak rela dia mem'pinjam'kan kereta kecintaannya yang kalau ada carta, kereta tu berada di rank yang atas dari aku T_______T. Sebelum kehilangan kereta kecintaannya, kami pergi balik Ranau kejap pergi rumah dia hantar barang-barang dia yang dia bawa turun offshore yang melebihi muatan tu yang kalau bawa naik taxi nanti mesti pacik taxi pening kepala penuh kereta dengan barang dia saja HAHAHA.

Ini muka perempuan yang kena kejut pukul 5 pagi untuk bangun bersiap sebab kalau jalan lambat nanti traffic jam dan Dedek adalah antara orang yang mukanya paling annoying sekali kalau stuck dalam jam. Bila muka dia menyampahkan, cik Vujie anda pun akan turut terikut-ikut sekali membuat muka sampah. Akhirnya dua-dua stress HAHAHA.

Dah banyak kali turun naik Ranau pun tiap kali view Gunung Kinabalu clear dan masyaAllah beautiful, memang aku nak bergambar. Dedek lain cerita. Dia mana hairan dengan semua tu. Dah kampung halaman dia kannnn.

Sepanjang hidup aku dan seingat aku, baru dua kali aku dapat bunga hidup okay. Dua kali. Paham tak dua kali? Ini adalah pencapaian menghampakan bagi perempuan yang sememangnya menganggap perbuatan menerima bunga adalah perbuatan yang sangat dibanggakan dan seterusnya boleh diceritakan kepada sekalian penduduk kampung.


Pertama, aku dapat dari ehem ehem abang angkat sewaktu zaman sekolah dulu. Mawar pink auwwww. Baiklah sebenarnya abang angkat tersebut juga mempunyai ciri-ciri 'kakak'. Get it? Get it??? Kedua, dapat dari Dedek sewaktu convocation. Aku rasa lah kan kalau tak mak aku yang suruh dia beli, dia tak pegi beli kot HAHAHA. Dan di atas adalah kali ketiga. Tu pun sebab aku paksa HAHAHA. Aku sebenarnya nak cari daisy tapi tak ada so kekwa pun okay lah. Walaupun aku ada perasaan macam, 'erk bukan kekwa ni selalu untuk orang pass away ke?' Lantaklah. Kenapa bukan ros? Sebab aku tak berapa nak minat HAHAHA.

Baiklah. Ini pula perempuan terseksa jiwa sebab balik ladang langsung takda udara shopping mall lepas tu kena pula menghadap dinding sampai kalau dinding tu boleh bercakap mesti dia dah cari gaduh, 'ko apsal pandang-pandang? Tak pernah nampak dinding ke?' Genap 24 jam terseksa jiwa pandai pula perempuan ini mempersiapkan diri mencari udara aircond di shopping mall berdekatan HAHAHA.


Erm okay. Sudah habis men'deskripsi' gambar. Beberapa perkara tentang aku. Aku dapati aku agak berani sound orang lah sekarang. By sound orang I mean macam menegakkan keadilan ibarat Sailormoon gitu "dengan kuasa bulan akan menghukum mu!!" Mula-mula time aku accident. Aku boleh sound orang tua tu HAHAHA.T___T. Tapi time tu aku terkejut lantas ter'sound' dia T____T huhu maafkan ku. Then found out dia lebih tua dari mak aku. Lepas tu macam menyesal T____________________________T.


Aku ada ordered contact lens dan seller tu dah dua kali salah hantar orders. Mula-mula dia salah, aku macam takpe lah cantik juga yang ni. Second time salah lagi, aku macam ni dah lebih ni aku bayar lain dia bagi lain mana boleh jadi macam ni. Dan aku terus sound dia dekat shoutbox kat blog dia sebab dia asyik salah hantar. Lepas tu dia apologized lah kan siap suruh aku return kalau aku tak suka dan admitted memang salah dia. Lepas tu macam menyesal apsal aku sound sebegitu rupa T___________________________T.


Yang ni pula baru terjadi semalam. Aku dan Nor pegi Centre Point. Alkisahnya nak cari cd karaoke Jambatan Tamparuli kiriman bapa mentua kawan aku. Lepas tu kitorang macam lapar pegi cari makan dekat basement. Then nampak satu kedai jual spek ni macam affordable pastu kiut-kiut pula tu. Aku suruh Nor amik ada satu spek (baiklah anda sila lah faham aku suruh Nor yang amik sebab aku tak sampai a.k.a kurang tinggi) yang heartshapped. Nor pun sampai takat macam tu je lah takat nak gapai amik tu boleh lah sebab tinggi sangat. Okay lah sebab kami yang tak berapa nak tinggi kot.


Tengah try-try tu aku macam ok jugak ni harga pun murah. Tapi aku macam erm takpe lah pegi makan dulu lepas ni datang balik. Macam biasalah kan kalau kita try barang kat kedai mesti lah ada salesgirl yang datang bagi ayat manis-manis supaya kita beli kan. Dah aku fikir lepas makan baru nak datang balik kan, aku suruh Nor letak dulu balik spek tu. Dah sah lah kalau kami dua yang letak di paras ketinggian macam itu tidak mustahil berlakunya kejadian habis roboh semua rak tu karang kalau terlanggar ke apa ke kan. Nor bagi la dekat budak perempuan tu minta letak balik. Nor tak cakap apa pun. Hulur je sambil senyum dengan harapan budak tu paham-paham lah dah tugas dia kerja situ kan. Tau tak budak tu cakap apa? Tau tak?? Tau takkk???


"Pandai ambil nda (tak) pandai simpan balik."


Biadap tau tak??!!!!


Automatically mulut aku cakap, "Bukan nda mau simpan balik tapi nda sampai." Lepas tu dia balas, "Tadi ambil sampai pula." Lepas tu siap tendang kerusi. Hoiii bodoh betul lah engkau. Bukan tu kerja kau ke? Bukan kau dibayar gaji untuk layan customer ke??? Aku geram gila okay. Aku macam nak balas balik kan tapi aku tengok muka Nor dah bagi hint suruh jalan. Tawar hati aku nak datang beli.


Budak-budak lagi kot. Aku tengok muka dia macam masih belasan tahun. Masih belum habis belajar sivik memang macam tu lah kot. Apa dia ingat aku dengan Nor ni budak-budak takda duit nak beli? Setakat spek kat kedai kau kerja tu harga RM15 paling mahal tu, aku beli sepuluh pun mampu. Dah lah bukan kedai kau. Melebih-lebih pula. Gaji kau bulanan pun entah-entah tak sampai 10% gaji aku.


Sorry aku cakap macam ni macam aku bangga pula kan aku ada gaji sendiri? HAHAHAHA. Tak, sebenarnya aku marah dekat budak tu. Sivik tak ada. Moral tak ada. Bazir duit mak bapa hantar sekolah je. Aku bukan nak menghina dia tapi bila dia layan customer macam tu, she deserve this lah.


Kalau anda berada di Kota Kinabalu dan berniat untuk mendapatkan spek murah, sila JANGAN bertandang ke kedai spek dekat restoran nasi ayam cp di basement. Aku dah sumpah budak tu jatuhkan semua spek kat kedai tu dan terpaksa tanggung semua kerugian.


Moral dari cerita ini ialah kenapa aku sekarang otak laju berfikir dan mulut keluarkan ayat bidasan semula tanpa dapat aku kawal? Seriously okay aku macam tak sangka apa pasal aku boleh balas balik cakap budak tu on the spot. Sebelum ni macamana aku kena macam tu punya rupa oleh orang-orang takda sivik, takdalah aku balas cakap balik. Paling kuat pun aku diam tahan hati. Adakah ini kerana faktor usia?? Tapi kejadian kali ini, AKU LANGSUNG TAK MENYESAL! Yang aku sesal sebab kenapa aku tak balas lagi balik bila dia tendang kerusi tu ajeeee.


Pengakuan : Mulut aku pun laju je mencarut sekarang. Kenapa aku dah jadi macam ini????

& my story ended @ 11:54 AM{♥}
(0)COMMENTS









Webmistress {♥}
tuLanG.iKaN.kEwL
♥ iloveyou :D



Welcome to tulangikankewl.blogspot.com
i'm the owner of this blog. Don't be scared to give a simple 'HI' to me cuz i won't bite u. i'm so in ♥ with cute items.
i don't think by describing myself here will tell u a lot about me. Do read my blog then u'll get the picture of me.
As many friends asked me how to FOLLOW this blog, i kindly guide u from here. Go to ur dashboard and click on "ADD" button. Then type my url there. Easy~ Hehe. ♥♥♥
NOTE: I dont apply 'i follow u, u follow me' term here. Following my blog shows that u really interesting on my writing.
Let's be friends peeps!! VuJiE ♥ u all~





i MUST click this {♥}
oh-wow!



Twitter {♥}
quick update


follow tulangikankewl at http://twitter.com




Wishlists {♥}
please grant me!

{♥}better life, better me
{♥}smiling-Dedek-all-the-time
{♥}sony vaio pink laptop
{♥}sony pink digital camera
{♥}hello kitty handphone
{♥}mickey mouse mp3
{♥}travel to Bandung
{♥}travel to Korea
{♥}broadband
{♥}my own car
{♥}roxy handbag
{♥}blythe doll
{♥}pullip doll
{♥}blythe purse
{♥}shop till i drop
{♥}hello kitty collection
{♥}???

Rewind {♥}
past memories
Recent posts

{♥}update sekali sekala macam best jugak
{♥}Testing
{♥}ayumi copy-ing me!
{♥}emo site
{♥}blogger dengan pencapaian terbaik dalam hidup
{♥}Bukan tragedi Oktober. Ini adalah tragedi Disember...
{♥}randommmm
{♥}blog dan facebook. Pilihan di tangan anda.
{♥}misi pencarian
{♥}alice in wonderland


Monthly Archives

{♥} March 2008
{♥} April 2008
{♥} May 2008
{♥} June 2008
{♥} July 2008
{♥} August 2008
{♥} September 2008
{♥} October 2008
{♥} November 2008
{♥} December 2008
{♥} January 2009
{♥} February 2009
{♥} March 2009
{♥} April 2009
{♥} May 2009
{♥} June 2009
{♥} July 2009
{♥} August 2009
{♥} September 2009
{♥} October 2009
{♥} November 2009
{♥} December 2009
{♥} January 2010
{♥} February 2010
{♥} April 2010
{♥} May 2010
{♥} June 2010
{♥} July 2010
{♥} August 2010
{♥} September 2010
{♥} October 2010
{♥} November 2010
{♥} December 2010
{♥} January 2011
{♥} February 2011
{♥} April 2011
{♥} May 2011
{♥} June 2011
{♥} August 2011
{♥} December 2011
{♥} January 2012

Photobucket
Smart Click{♥}
Sure You Want






Words talk {♥}
spam? OUT!
1 rainbows on the page




Kiss Good-bye {♥}
sweet escapes
VaDutt

eyra carmelliny shima farin khairunie intan
piqa jacq 13may pge46 fizz ratusalju
dotblogspotdotkom nina eedany yann tunteja juice
mas epi class blog musa rosli rara
honey anum lisa resc yan eny


Following VuJiE{♥}
bunch of thanx


My Thanks{♥}
Designer
Blog Kita

Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o