<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1132457125972100120&amp;blogName=%E2%99%A5+tuLanG.iKaN.kEwL+%E2%99%A5&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Ftulangikankewl.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Ftulangikankewl.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
©Copyrighted
Ask me politely
if u want the codes. :D


Engkau Semua Bercuti Aku pon Nak Jugak (2) {♥}
Thursday, December 24, 2009 {♥}

Day 3 of jalan-jalan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga Singer dimulakan dengan muka bangun tidur peserta. Kau jangan tanya kenapa intro entry ni skema semacam sebab aku malas nak fikir jawapan dia. HAHA.

Alisa, Afifah and their mother. Tiga-tiga muka bangun tidur belum mandi.

Ehem macam biasa. Mesti ada gambar Vujie. Kalau tak nanti entry ini berbau pelik. HAHA.

Perbuatan meletak caption sendiri dibenarkan untuk gambar ini.

Afifah buat spotcheck dekat bag yang macam-macam kau boleh jumpa dalam dia. Bagaimana dengan ikan masin? Oh itu memang tak ada harap maklum.

HAHAHA i rasa macam nak letak gambar ini dalam lima entry berturut-turut.

Oh baru perasan ada tangki air di belakang sana macam tak penting untuk bagitau tentang tangki air tapi sebab tak tau nak letak caption apa cakap je apa yang ada. HAHAHA.

Ha'ah adik saya memang sebesar gajah.

Apa ntah semua caption macam tak timbul dalam hotak aku sekarang kau pandai-pandai lah letak. T_____T

Oh ya baju oren kelabu itu bukan baju seragam keluarga kami. HAHAHA apsal macam lucu kedengaran baju seragam keluarga nih. Macam menimbulkan idea dalam otak pula tahun depan nak buat baju seragam keluarga HAHAHA. Senang nak detect ahli keluarga kalau masuk pasaraya yang orang dalam tu berpusu-pusu rebut bawang harga termurah.

Ok lah fine apsal saya kelihatan overdressed dari ahli keluarga lain. Engkau ingat babysitter tak boleh bergaya ke??

Dengan adik saya yang ini memang boleh buat gila.



Fuuhh kenapa macam sindrom ber'blog' semakin pudar nih? Semakin menghilang? Baiklah. Kita anggap ini simptom bakal guru yang nervous tak tau lagi tempat posting. Ramai kawan-kawan dapat Sarawak dah dan seriously i takooottt. Takut-takut pon tak juga aku call JPN tu tanya kat mana aku posting HAHAHA.

& my story ended @ 3:10 PM{♥}
(1)COMMENTS




Engkau Semua Bercuti Aku pon Nak Jugak (1) {♥}
Wednesday, December 23, 2009 {♥}

HAHA seronok sekali perasaan buat-buat lupa ada blog lepas tu pegi bercuti menghabiskan masa berkualiti bersama family. Tapi I tetap memerhatikan blog ini dari kejauhan. Itu sebab blog ini tiada penyangak datang sesuka hati buang sampah merata-rata. See, my blog clean sekali. HAHAHA. Tak, sebenarnya blog ini memang takda orang datang sebab tu bersih tanpa spam. Bila takda orang datang, cuti ber'blog' tanpa notis pun kurang sikit rasa bersalah.


Last week saya mengiringi rombongan keluarga (mengiringi only sebab I tak terlibat dalam kegiatan mereka tapi sebab I babysitter tetap dan berpencen, keengganan turut serta tidak dilayan harap maklum) melancarkan beberapa kegiatan mereka di beberapa buah tempat selama 4 hari 3 malam. Aiseh bunyi 'kegiatan' macam tidak bermoral ke apa ntah HAHA. Tak tak. Ini memang kegiatan penuh moral.


Kegiatan mereka tidak perlu dihebahkan dalam blog ini sebab blog ini adalah hak mutlak penulis (erk dan juga blogger.com) dan kesemua content adalah tertakluk kepada kehendak penulis. Oleh sebab penulis tidak terlibat dan hanya terlibat dalam penjagaan hak kanak-kanak contohnya hak minum susu apabila diperlukan, hak makan dalam kuantiti yang diperlukan, hak kasih sayang, dan sebagainya, maka content entry ini pon adalah berkenaan babysitter-ing.


Fine lah Vujie. Teruskan sekarang boleh tak? Entry ni dah la banyak gambar, kau pula banyak membebel, karang kami lari karang.



-FIRST DAY-

Malam mula-mula sekali menetap di Borneo Golf Resort. Sebenarnya ini macam tak perlu sangat sebab kedudukan resort ni hanya 10 minit dari rumah kami. Tapi sebab ini adalah sponsored by i-don't-know-who-jangan-tanya-i, kami semua pon amik kesempatan 'paw' sampai 5 bilik. Padahal 1 bilik terbiar kosong sebab kami tak cukup kakitangan memenuhkan bilik. HAHAHA.
View from our balcony. Seronok sebab buka mata tukar baju boleh terus masuk dalam kolam tak buang taik mata dulu pon tak apa. Malam-malam pon boleh kalau kau nak pegi swimming sebab takda orang kesah. Tapi kalau nak bermadu asmara di tepi kolam macam romantik ke apa baik tak payah sebab nyamuk dia tak sporting akan mengganggu.

Oh-i'm-so-in-love dengan bilik dia sebab banyak cermin. Di antara katil pon ada cermin HAHAHA.

Well kan dah kata tadi ini percutian babysitter jadi kalau berangan pegi swimming pakai 2 pieces bikini dengan harapan dapat memancing sugar daddy ke apa baik tak payah sebab tak akan berjaya.
Ehem percubaan ajar budak itu swimming padahal babysitter tersebut pon tak reti berenang. HAHAHA. Kejap je berendamnya. Agak-agak Afifah dah macam terketar-ketar ok dah naik masuk bilik tengok tv.

Alisa Annisa & Afifah Antasha



-SECOND DAY-

The next day we went to Labuan. Walaupon pagi dia macam tak jadi (dan I dah happy time tu sebab I memang tak nak pegi. Luka lama masih belum sembuh ke apa ke tak tau HAHAHAHA) tapi petang dia jadi pula pegi. T____T

Tiket ferry.

A-must-have-photo masa kini. Dan Vujie pon mesti ada gambar ini! HAHAHA. Me playing with my aunt's toy. Dan ya, agak-agak gambar tu cantik sharp ke apa tu adalah jasa DSLR. Kalau tak tu faham-faham lahhhhh..

Semua kereta adalah bestfriend di dalam ferry. Nasib kitorang baik sebab dapat tempat tepi sekali. Kereta sebelah tu adalah malang sedikit sebab anak-anak dia tak dapat kuar dari kereta dia. Pintu dia dapat buka sikit je, rapat sangat dengan kereta kitorang. HAHAHA kelakar.

Penumpang-penumpang tidak dibenarkan duduk di kawasan tangga.

Macam engkau tak biasa pula Vujie tempek gambar muka dia banyak-banyak dalam blog. HAHAHA.

I konon cuba menyelami perasaan Dedek balik kerja petang-petang. HAHAHA bunyi dia macam Dedek kerja nelayan.

Sampai hotel semua penat dan lapar. I masih kontrol jiwa lagi tahan lapar tahaaannn. Taking pictures more and more is my priority waktu itu. HAHAHA.

Tiba-tiba Alisa datang, "Ok princess lagi bergambar." HAHAHAHA dia memang selalu anggap dia princess. Ok la ok la. Engkau princess. Aku bibik. T__________T


Maafkan entry macam bosan ini sebab penulis sedang bergelut dengan senggugut tapi dia tabahkan hati dia update blog terbiar. To be continue...

& my story ended @ 5:07 PM{♥}
(4)COMMENTS




Mencari Pendengar. Gaji Boleh Runding Kemudian. {♥}
Tuesday, December 15, 2009 {♥}

Lately i have nothing to blog. Padahal hari-hari lepas check email mesti buka blogger.com tapi terbiar macam tu saja. Takda isi apa-apa pon. Tak tau kenapa. Takda sebab. Ok la fine. There's many things in my mind which kalau my laptop ni pandai reads my mind and automatically type them dalam blog, for sure hari-hari anda baca updates dalam keadaan lintang-pukang sebab my mind pon banyak benda tunggang-terbalik sekarang. HAHA.


I nak buat pengumuman. Tapi sebelum tu dengan sukacitanya saya hendak memaklumkan kepada anda semua bahawasanya dikhabarkan oleh beberapa sumber yang kalau nak percaya pon boleh taknak percaya pon boleh semuanya di tangan anda, surat penempatan sekolah akan diedarkan hari ini 15hb Disember. Ceit! Padahal sebelum ni beriya-iya je bagitau kami semua lapor diri on 1st December supaya kami dapat gaji lebih awal. Ni apa cerita ni? Ok ok. Pendek kata, tahap nervous I berganda-ganda dah sekarang.


Ok pengumuman. Saya mencari siapa dia yang sudi menjadi pendengar setia bagi setiap luahan yang keluar dari mulut, hati dan perasaan saya in details. Maksud dia details tu macam bila I kata I sedih terjumpa telur lalat bawah topping pizza hut which is obviously salah orang yang prepared pizza hut tu la sebab telur lalat tu bawah topping dan bukan salah lalat di rumah kami sebab takkan dia nak masuk bawah topping untuk bertelur. Ok itu cerita lain, maksud dia details tu ialah bila I cakap benda kecik pon u amik perhatian sebab mungkin I betul-betul maksudkannya and next time bila I cakap pasal benda kecik lagi, u boleh cakap, "Oo macam u concern pasal telur lalat bawah topping pizza hari tu eh?" Haa macam itu punya details I nak.


Fine lah I memang ada boyfriend pon which is typical lah kan bf kau kena lah dengar setiap permasalahan kau lepas tu dia kena pula bantu kau mencari penyelesaian lepas tu boleh lah hip hip hoorayy pegi makan mee basah seafood sama-sama ke apa ke masalah dah selesai jom celebrate. Tapi in my case tak semua I boleh share kot. Sebab bila I cakap I tak puas hati dengan orang lain and my bf try to respon like, "Atau kau jealous dengan dia?" "Kenapa? Dia kacau kau ka?" "Habis suda luahan perasaan kau?" (oh-man why should my bf suka main lawak kasar dengan aku hahaha), tu boleh buat perasaan I bleeding like there's no handyplast untuk pause-kan pendarahan. HAHAHA.


Dulu time buat sesi luahan dengan Musa ke Akmal ke memang selalu juga kena respon membunuh like that tapi tak berapa nak ada kesan dengan hati dan perasaan aku pon sebab takda lah pula lepas-lepas tu diorang manja-manjakan aku. Hentam aku supaya aku lagi kuat ada la. HAHAHA. Pendek kata, I lebih mudah terhiris ditusuk sembilu if luahan I kepada orang terrapat tersayang termanja tergedik diberi respon lawak kasar like that. So cannot jadi pendengar yang I inginkan. Failed. Tapi takpa, sebab I sakit hati I dah cantikkan wajah dia yang dah sempurna tu jadi like this,
HAHAHAHA rasakan!


I'm actually looking for pendengar yang mempunyai bakat mendengar yang baik lepas dengar semua dengan baik nanti dia boleh bagi I respon like, "Oh begitu. Jadi aku rasa lah kan kau patut buat macam ni lalalalalalalalala tapi tidak semestinya kau ikut apa aku cakap ni. Ini cuma cadangan aku saja. Kau boleh fikir juga kan?" dengan nada yang paling sedap didengar. Haa macam itu. Atau kalau anda rasa champion boleh settlekan masalah I dengan sekelip mata iaitu dengan cakap macam ni, "Pendek kata kau mesti jauhkan diri dari orang yang boleh menjatuhkan fitnah ke atas kau." yaaaaa yang macam ini confirm I terima jadi pendengar I seumur hidup dengan gaji yang kita persetujui bersama.


HAHAHAHA apa entah hala tuju entry ni macam tak membantu masa depan sangat. Tak sebenarnya I tak serious pon mencari pendengar setia. Tapi kalau ada yang sudi adalah dialu-alukan. Walau macamana pon Dedek tu selalu bagi I respon membunuh-bunuh hati dan perasaan I tapi I tak serik-serik juga masih juga cakap semua benda dengan dia. Macam automatic tercakap. HAHA. Sebenarnya kalau tak cakap nanti dia complain kenapa tak share dengan dia padahal kalau kita cakap dengan dia, mata dia khusyuk gila menghadap game dia. T____T


Walaupon ada benda yang saya kena simpan laaaaaama dalam hati baru boleh cakap dengan dia sebab berkaitan dengan orang-orang yang ada kaitan dengan dia so tak boleh nak cakap lintang-pukang sangat kena jaga hubungan kekeluargaan ke apa HAHAHA aku tak paham. Biasanya kena tanya dulu, "Dedek, ko rapat ka dengan dia?" kemudian baru boleh teruskan luahan perasaan. Sebab Dedek itu adalah orang yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan dia. Dan saya bertahan terhadap orang yang membuat saya rasa tak berapa nak senang itu pon sebab Dedek berhubungan kekeluargaan jauh ke dekat I don't know dengan dia.


Dah la. Makin aku fikir makin tiada tenang otak aku. Baik aku turun bawah minum nescafe.


p.s Oh ya *Remy or whatever name yang kau suka. Lupa mau cakap hari tu. Aku nda dengki pon dengan gaya dia pemikiran dia muka dia skills dia and whatsoever. Sebab I believe yang aku lebih cemerlang dari dia in my own ways. And satu lagi, trust me that I HATE IT WHEN U ALWAYS SAID AKU SAMA MACAM DIA? What do you means by comparing us together? Do you want me to compare u with others?

& my story ended @ 4:20 PM{♥}
(6)COMMENTS




Photoshop Artwork {♥}
Thursday, December 10, 2009 {♥}

Selama ni macam rasa susah gila photoshop-taknak-belajar-lah-susah-nak-buat. Rupanya memang masih rasa susah pon. HAHA. Tapi macam dengki sebab masuk blog orang jelita-jelita semua memang jelita gila gambar mereka. Mereka hebat main photoshop. Haih ini mana boleh jadi. Vujie pon kena belajar jugak nih. Walaupon tak jelita di realiti, takpa kita cuba di alam maya. HAHAHA.


Padahal dah berpuluh website saya masuk baca tutorial macamana nak hebat skill photoshop but still tak pandai-pandai. Tapi takpa. I will keep learning. Haih entah kenapalah engkau ni Vujie yang bukan bidang engkau berhabis-habisan engkau belajar, yang bidang engkau takde pula engkau nak belajar. T_____________T


Ok. Kita mulakan dengan hasil pertama.
Gila hebat engkau Vujieeee!! Tabik spring dekat kau!


Baiklah baiklah. Ini memang muka Edward Cullen yang sebenar. Mana ada PS dia. HAHAHA. Anda semua pon laju je amik bantal selimut katil dinding pagar tiang rumah semua baling dekat Vujie tepat pada sasaran.

Ok yang ini I PS-ed dia. Dah nipis sikit dah kening dia. Lepas tu bagi tebal sikit bibir dia. Macam buruk je I tengok lelaki bibir nipis. HAHAHA baiklah yang dah berbibir nipis tu jangan pula lepas ni anda terus buat appointment nak buat plastic surgery. Tak perlu. Sebab saya je yang rasa buruk. And the obvious reason is saya dengki dengan orang berbibir nipis. Bibir saya sendiri pon tebal. HAHAHA.



Next!
Gambar sebelah kiri tu memang dah edited actually part brightness, eyelashes dan blusher. Saya malas nak cari gambar original dia. HAHA. Gambar sebelah kanan adalah hasil PS. Makeup dah tambah. Kening pon dah lebih jelas. Pilihan di tangan anda. Manakah yang lebih sedap mata memandang berat bahu memikul? HAHAHA.


Ek eleh engkau Vujie PS pon gambar yang dah siap cantik mana aci weh!


Ok ok. Next!
Jangan gelak! Walaupon rupa tak seindah khabar, terima seadanya hasil buah cempedak di luar pagar saya budak baru belajar ini. HAHA.


Kenapa mata engkau hitam sangat Vujie?
Sebab saya pakai contact lens.
Kenapa engkau senyum secara pelik?
Sebab tak sempat senyum terbaik dari ladang budak tu dah snapped.
Kenapa bibir engkau tebal?
Sebab itu anugerah Tuhan.


Ok. Enough PS. Semalam kan saya macam depressed sampai ke malam gara-gara fringe buruk ini. Sapa suruh pandai-pandai potong sendiri. HAHA. Nasib baik mama balik bawa pizza. Dapat mengubat hati yang lara. Apa kaitan depressed sebab fringe lepas tu dapat makan pizza saya pon tak tau jangan tanya. Padahal bukannya fringe boleh berubah jadi cantik lepas makan pizza.


Tapi pagi tadi, lepas keluar bilik air gosok gigi semua tapi mandi belum lagi, tengok cermin, aik ini fringe dah elok sikit dah (mungkin sebab pizza). For some reason I rasa dia menyerupai fringe Nora Danish sedikit. HAHAHA.

Ya kononnya macam ini. Makanlah Pizza untuk fringe idaman.

Padahal langsung tidak. HAHAHAHA.

Can you see? My hair is originally curly. Jadi buat fringe macam itu adalah buruk sekali rupa dia. Sebenarnya lagi buruk jika dilihat dengan mata kasar. Kalau tengok guna mata hati mungkin dia ada cantik sedikit. HAHAHA. Bagaimana kalau tengok guna air mata air? Kau nak kena lempang ke Vujie?! Fine saya konon buat japanese bun macam Cheeserland selalu buat tapi tak jadi harap maafkan di situ.



Budak-budak dah bangun. Suara mereka dah riuh-rendah. Kena turun bawah dan menanak nasi guna kayu api sekarang. Lepas tu kena masuk hutan mencari hasil hutan tumbuh-tumbuhan dibuat sayur. Dalam perjalanan singgah sungai tangkap ikan blablablablablaaaa.......

& my story ended @ 11:20 AM{♥}
(10)COMMENTS









Webmistress {♥}
tuLanG.iKaN.kEwL
♥ iloveyou :D



Welcome to tulangikankewl.blogspot.com
i'm the owner of this blog. Don't be scared to give a simple 'HI' to me cuz i won't bite u. i'm so in ♥ with cute items.
i don't think by describing myself here will tell u a lot about me. Do read my blog then u'll get the picture of me.
As many friends asked me how to FOLLOW this blog, i kindly guide u from here. Go to ur dashboard and click on "ADD" button. Then type my url there. Easy~ Hehe. ♥♥♥
NOTE: I dont apply 'i follow u, u follow me' term here. Following my blog shows that u really interesting on my writing.
Let's be friends peeps!! VuJiE ♥ u all~





i MUST click this {♥}
oh-wow!



Twitter {♥}
quick update


follow tulangikankewl at http://twitter.com


My Poupee {♥}
fashion addict

poupeegirl fashion brand community


Wishlists {♥}
please grant me!

{♥}better life, better me
{♥}smiling-Dedek-all-the-time
{♥}sony vaio pink laptop
{♥}sony pink digital camera
{♥}hello kitty handphone
{♥}mickey mouse mp3
{♥}travel to Bandung
{♥}travel to Korea
{♥}broadband
{♥}my own car
{♥}roxy handbag
{♥}blythe doll
{♥}pullip doll
{♥}blythe purse
{♥}shop till i drop
{♥}hello kitty collection
{♥}???

Rewind {♥}
past memories
Recent posts

{♥}Engkau Semua Bercuti Aku pon Nak Jugak (2)
{♥}Engkau Semua Bercuti Aku pon Nak Jugak (1)
{♥}Mencari Pendengar. Gaji Boleh Runding Kemudian.
{♥}Photoshop Artwork
{♥}Hello Kitty Oscillating Fan
{♥}Louis Vuitton and Juicy Couture
{♥}Half Naked Picture
{♥}Super Bling Mini i-Phone
{♥}Detik-detik Terakhir Bernafas
{♥}Buah Tangan Untuk Emak Anda


Monthly Archives

{♥} March 2008
{♥} April 2008
{♥} May 2008
{♥} June 2008
{♥} July 2008
{♥} August 2008
{♥} September 2008
{♥} October 2008
{♥} November 2008
{♥} December 2008
{♥} January 2009
{♥} February 2009
{♥} March 2009
{♥} April 2009
{♥} May 2009
{♥} June 2009
{♥} July 2009
{♥} August 2009
{♥} September 2009
{♥} October 2009
{♥} November 2009
{♥} December 2009

Photobucket
Words talk {♥}
spam? OUT!
1 rainbows on the page




Kiss Good-bye {♥}
sweet escapes
VaDutt

eyra carmelliny shima farin khairunie intan
piqa jacq 13may pge46 fizz ratusalju
dotblogspotdotkom nina eedany yann tunteja juice
mas epi class blog musa rosli rara
honey anum lisa resc yan eny


Shop.With.VuJiE{♥}
handmade and 2nd hand items
shopwithvujie





Following VuJiE{♥}
bunch of thanx


Recent comments{♥}
nice words only :D




My Thanks{♥}
Designer
Blog Kita

Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o